KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PENDAHULUAN
Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian diwujudkan atas desakan dan permintaan ibu bapa dan masyarakat kepada pendidikan yang disediakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). SMKA yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan ibu bapa berikutan pencapaian prestasi murid-murid dalam UPSR yang meningkat. Kementerian Pelajaran Malaysia pula tidak lagi bercadang untuk menambah bilangan SMKA maka keperluan kepada aliran seperti yang dilaksanakan di SMKA amat diperlukan dan diperluaskan di Sekolah Menengah Harian Biasa.
LATAR BELAKANG
KAA di Sekolah Menengah Kebangsaan telah mula dijalankan secara rintis pada tahun 1987. Pada bulan Februari 1990 Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu telah meminta pengarah-pengarah Pendidikan Negeri menubuhkan Aliran Agama di Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri masing-masing. Dalam Mesyuarat Penyelarasan Hal-Hal Profesional (PHP) ke 29 pada bulan Januari 1991 Kertas Konsep Aliran Agama di Sekolah Menengah Biasa juga telah dibincangkan. Pada tahun 1992, Kelas Aliran Agama (KAA) telah diadakan di 130 buah sekolah di Malaysia.
KRITERIA PEWUJUDAN KAA
a. Sekolah yang bercadang untuk membuka KAA hendaklah mempunyai asrama supaya dapat menampung murid yang tinggal jauh dari sekolah.
b. Semua murid KAA hendaklah tinggal di asrama. Ini bagi mengisi aktiviti-aktiviti pengukuhan dan peningkatan amalan dan penghayatan rohani dan sahsiah murid.
c. Sekolah yang mempunyai sistem perhubungan yang baik supaya murid mudah berulang alik dari rumah ke sekolah.
d. KAA hendaklah dibuka daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 atau mengikut keperluan.
e. Jumlah maksimum murid tidak melebihi 35 orang satu kelas.
f. KAA dimulakan secata bertahap dari tingkatan satu hingga lima dan murid-muridnya adalah mereka yang berada dalam kelas yang sama atau dalam kelas aliran yang sama.
g. KAA hendaklah melaksanakan pakej pengajian sama seperti mana yang dilaksanakan di SMKA.
h. KAA hendaklah melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ)
i. Di KAA Bahasa Arab hendaklah dimasukkan dalam jadual waktu sekolah serta menjadi subjek yang wajib dipelajari serta wajib di ambil peperiksaan
j. Pembukaan KAA adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang diadakan setiap tahun antara Bahagian-Bahagian di KPM bersama JPN.
KRITERIA PEMILIHAN MURID KE KAA
a. Murid tersebut memohon masuk ke KAA dan dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN;
b. Murid dari kawasan setempat yang mempunyai kelayakan minima 3A 2B dalam peperiksaan UPSR, Jabatan Pelajaran Negeri dibenarkan membuat pemilihan mengikut keadaan dan keperluan setempat (syarat kemasukan dilonggarkan sekiranya terdapat kekosongan atau tertakluk kepada negeri berkenaan);
c. Muri-murid tersebut boleh menulis, membaca jawi dan membaca al-Quran dengan baik dan
d. Pemilihan murid juga boleh di buat oleh pihak sekolah berdasarkan kecemerlangan UPSR dan lulus PAFA. pemilihan melalui ujian lisan dan bertulis boleh dilakukan.
PROSES PEMILIHAN MURID KE KAA
a. Murid-murid yang berminat untuk memasuki KAA boleh mengisi borang yang diedarkan oleh JPN ke sekolah-sekolah;
b. Pemilihan calon-calon murid yang layak oleh Jabatan Pelajaran Negeri;
c. Pemilihan calon-calon murid yang layak juga boleh di buat oleh pihak sekolah.
d. Tawaran kemasukan dikeluarkan kepada murid yang layak oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
e. Murid tersebut memohon masuk ke KAA atau SMKA tetapi tidak mendapat tempat di SMKA dan ditawarkan ke KAA atau dipilih oleh pihak sekolah dan dipersetujui oleh pihak JPN.
KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN
DI KELAS ALIRAN AGAMA (KAA)DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

Di Kelas Aliran Agama (KAA) telah diluluskan merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran ke 87 pada 25.3.1985 telah memperuntukan. Peruntukan kelas ini juga telah diperluaskan ke semua Kelas Aliran Agama
"Seorang Guru Kelas Kemahiran al-Quran hendaklah ditempatkan di pusat kursus khas membaca dan menghafaz al-Quran yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama"
RASIONAL
1. Matlamat KAA adalah untuk melahirkan murid yang menguasai kemahiran membaca al-Quran. Semua murid di KAA dimestikan belajar kemahiran al-Quran.
2. Pada masa ini hanya seorang guru Kemahiran al-Quran sahaja diperuntukkan bagi KAA.
3. Kemahiran al-Quran mengandungi bidang pengajian iaitu Tajwid, Tilawah, Tarannum, Ulum al-Quran, Qiraat dan Tafsir. Setiap bidang pengajian diperuntukkan 120 minit seminggu. Jadi seorang guru hanya mampu mengajar 2 kelas sahaja dengan peruntukan maa 1420 minit seminggu.