Tuesday, 29 March 2011

Doa Supaya Perjalanan Selamat

Ini adalah doa supaya perjalanan kita sentiasa selamat. Doa ini saya dapat daripada arwah datuk saya Allahyarham Haji Ismail bin Awang yang merupakan seorang yang kuat amalan agamanya. Saya telah lama mengamalkan doa ini dan saya telah merasakan sendiri kehebatannya.
Ia boleh dibaca semasa mahu memulakan perjalanan, sedang atau pun ketika sudah hampir sampai ke destinasi.
Satu pengalaman datuk saya yang saya boleh kongsikan, semasa satu rombongan menaiki keretapi yang disertai oleh kawan-kawan beliau di India, perjalanan mereka ditimpa musibah dan semua gerabaknya terbalik. Tetapi, gerabak yang dinaiki oleh kawan-kawan datuk saya selamat malahan terhenti elok di atas landasan. Semua penumpangnya selamat berbanding penumpang gerabak lain.Ini kerana mereka semua memang mengamalkan ayat doa ini.

Ayatnya ialah ayat 67, Surah Az-Zumar.

Semoga kita semua dapat mengamalkannya dan mendapat manfaat daripada ayat ini.

Sepotong Al-Fatihah buat arwah.

No comments:

Post a Comment