Saturday, 17 September 2011

DOA SUPAYA SELAMAT DARI BAHAYA


DOA ABU DARDA’
اَللّهُمَّ أنْتَ رَبِّي لَآ إِلَهَ اِلَّا اَنْتَ عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَاَنْتَ رَبُّ اْلعَرْشِ الكَرِيمِ مَا شَآءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَا لَمْ يَكُنْ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ اَعْلَمُ اَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرُ وَاَنَّ اللهَ قَدْ اَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا. اَللَّهُمَّ اِنِّي اَعُوذُبِكَ مِن شَرِّ نَفْسِى وَمِن شَرِّ كُلِّ دَآبَّةٍ اَنْتَ اَخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا, اِنَّ رَبِّى عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ.  
Keterangan:

Menurut riwayat Ibnu Sunny, seorang lelaki datang kepada Abu Darda’ lalu berkata :”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda menjawap:”Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa membaca doa ini (doa di atas) pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya”. Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini. Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Sekiranya doa ini di baca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya di malam hari.

Diceritakan oleh para guru jikalau doa ini dibaca ketika berjemaah maka jikalau ada salah seorang yang ada unsur-unsur negatif akan keluar sendawa angin yang banyak dari tubuhnya. Malah mungkin juga ada rasa sengal-sengal badan. Wallahu a'lam.

SEDAPNYA KEK COKLAT MOIST

Tiba2 terasa nak makan kek coklat...yang sangaaaaaaatttttt moist. Suddenly teringat yg dulu pnah buat kek mcm tu...Apalagi!!! Jom anak2 kita serang dapur....!Alamak...resepi dulu dh hilang! Thanx to http://www.myresipi.com/top/detail/557. Nah ini dia resepinya.


KEK COKLAT MOIST
Bahan-bahan
·         1 cawan gula perang
·         1 cawan susu segar perisa coklat
·         1 cawan minyak
·         3/4 cawan serbuk koko
·         1/2 cawan susu pekat manis
·         1 1/4 cawan tepung gandum
·         1 sudu teh soda bikarbonat
·         1 sudu teh baking powder
·         3 biji telur

Cara-cara
1.   Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2.   Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3.   Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4.   Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5.   Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
6.   Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
7.   Angkat dan sejukkan.